LUAHAN TUN MAHATHIR......MELAYU MUDAH LUPA

Assalamualaikum w . b. t …
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @SAYAsedih .

Bukanlah saya berharap
kerana kesedihan saya
akan menarik simpati
sesiapa. Hanya saya
ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat
kaum bangsa saya , orang Melayu , begitu sekali tidak tahu
bersyukur , begitu sekali mudah lupa , begitu sekali mudah
dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup
memburukkan bangsa sendiri .

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah
mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh
orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi
takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka .
Jika mereka sudah lupa , jika mereka tidak dapat memahami
pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya
yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit
berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata- rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan , tidak
memiliki apa- apa kecekapan , tidak terdaya mempertahan
negeri - negeri mereka . Mereka terpaksa bertuankan orang
putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di
negeri mereka sendiri . Mereka bukan tuan rumah . Mereka
sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih , secara terbuka menyatakan orang Melayu
adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-
apa kepada pembangunan negeri - negeri mereka . Mereka
hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak
pejabat atau kerani . Mereka dianggap tidak berkebolehan
melaksanakan apa- apa kerja yang dipertanggungjawab
kepada mereka .

Orang asing dari India dan Cina perlu
dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan
tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian
dan jawatan- jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa
jadi penjual pisang di tepi jalan – kais pagi makan pagi ,
kais petang makan petang .
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan
askar Jepun , mereka dipaksa tatang ketulan batu yang
besar sehingga mereka pening dan jatuh . Mereka diarah
panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar
Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-
bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu
sebagai pemilik negeri - negeri Melayu , Jepun
menghadiahkan empat buah negeri Melayu , iaitu Kedah ,
Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam , kerana
membalas budi Siam .

Di bawah pemerintahan Siam , orang Melayu diarah supaya
menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam .
Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak
turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam
dimainkan , ditendang di kepala oleh askar Siam apabila
lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan
beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang
telah jatuh . Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang
oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami . Jangan siapa
tolong.

Kemudian, British kembali dan raja- raja Melayu diugut
akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan
perjanjian Mac Michael supaya negeri - negeri Melayu
diserah secara langsung kepada British . Dan raja Melayu
pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar
negeri mereka .
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan
negeri - negeri Melayu sebagai Tanah Melayu , milik orang
Melayu . Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat
taraf rakyat Malayan Union milik British .

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin , daif dan tidak
berilmu pengetahuan , tidak memiliki apa- apa kecekapan ,
tidak mempunyai senjata , tidak tahu berniaga , sudah tentu
mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain
yang lebih pintar , lebih cekap dan lebih kaya daripada
mereka . Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu , tanah
tumpah darahnya orang Melayu . Mereka akan jadi bangsa
yang tidak bernegara , tidak bertanahair. Tidak ada masa
depan bagi mereka .

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana