LPT Tawar Diskaun Tol 10 Peratus

Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad hari ini mengumumkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada semua jenis kenderaan yang menggunakan kemudahan tol elektronik seperti Touch n Go dan Smart Tag bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarahnya, Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pemberian diskaun tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat untuk menghargai pengguna LPT yang pulang berhari raya.

“Diskaun tol 10 peratus itu akan bermula pada 28 Julai dari pukul 12.01 pagi hingga pukul 11,59 malam.

“Pihak LPT ingin menasihatkan pengguna lebuh raya supaya berhati-hati ketika memandu dan selamat sampai ke destinasi masing-masing,” katanya dalam kenyataan, semalam.

LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu.

Pengguna jalan raya boleh mengikuti laporan terkini LPT di akaun Twitter@LPTTrafik atau layari laman sesawang www.anihberhad.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana