Lepaskan Jawatan MB Selangor Atau Terus Jadi Mangsa Konspirasi Kotor


KUALA LUMPUR 2 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara bermaruah kerana berlaku tragedi demokrasi di dalam parti itu.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu PKR (2008 - 2010) Datuk Zulkifli Nordin berkata, langkah itu dilihat lebih baik daripada berterusan menjadi mangsa konspirasi kotor menjatuhkan posisi beliau sebagai Menteri Besar.

"Saya ingat masa mula-mula Tan Sri Khalid masuk PKR, beliau kata mahu memperbetulkan apa yang salah di dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi sekarang dia menjadi mangsa dalam konspirasi kotor. Langkah paling bermaruah bagi Tan Sri Khalid adalah keluar daripada PKR," katanya ketika dihubungi RakyatNews hari ini.

Dalam pada itu Zulkifli masih berpegang pada pendiriannya sebelum ini yang mendakwa wujud 'tangan ghaib' di dalam PKR. Jelas Zulkifli lagi, agenda kotor sedemikian berterusan berlaku kerana ingin memenuhi nafsu rakus segelintir pemimpin PKR.

"Pada saya memang ada konspirasi hendak jatuhkan Tan Sri Khalid. Ada 'tangan ghaib' dalam PKR kerana beliau tidak 'dengar cakap' serta ini adalah bagi memenuhi nafsu segelintiri kepimpinan PKR. Ada cubaan untuk menabalkan orang lain yang lebih mudah mengikut telunjuk,"

"Satu tragedi demokrasi, bagaimana boleh berlaku 'blackout' di Ibupejabat PKR. Jelas ada rancangan tersusun, terancang dan secara halus dalam gerakan menjatuhkan Tan Sri Khalid," ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana