Lelaki dibelasah hingga pengsan...Gara Gara Curi Motor

BESUT - Tindakan seorang lelaki cuba mencuri motosikal membawa padah apabila dia bukan sahaja berjaya ditangkap penduduk kampung, malah turut dibelasah sehingga pengsan kerana cuba melarikan diri dalam kejadian di Kampung Kubang Bemban, dekat Alor Lintah, Jertih di sini, kelmarin.

Menurut sumber, kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu disedari penduduk kampung yang terserempak dengan suspek berusia 21 tahun dari Kampung Gong Dasa, Jabi ketika cuba melarikan sebuah motosikal penduduk di situ.

Menurutnya, penduduk menangkap suspek dan orang ramai yang berang bertindak memukul suspek sehingga pengsan sebelum diserahkan kepada polis.

“Sebaik diserahkan kepada polis, suspek dikejarkan oleh ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut ke Hospital Besut untuk rawatan,” katanya.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, sebaik polis tiba di lokasi selepas dimaklumkan orang ramai, didapati suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas jalan raya di situ.

“Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan terpaksa diberikan bantuan pernafasan selain mengalami bengkak di bahagian belakang dan luka-luka kecil di kaki, siku, lutut serta tangan.

“Dia kini berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut, namun keadaannya sekarang stabil,” katanya.

Dalam pada itu Noorzainy menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan sewenang-wenangnya menghukum penjenayah tanpa usul periksa kerana ia menyalahi undang-undang.

Katanya, orang ramai diberi kuasa untuk menangkap penjenayah, tetapi perlu diserahkan kepada polis tanpa mengambil tindakan sendiri.
--sinar

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana