Lelaki Britain Hilang Ditemui...

KUALA LUMPUR: Warga Britain yang dilaporkan hilang semalam selepas dikatakan bertengkar dengan isterinya ketika sedang berbulan madu di negara ini, ditemui selamat.

Jonathan Kemp, 27, ditemui di Salak South dekat sini dan kini dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dipercayai akibat mabuk keterlaluan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan warga Britain itu, namun tidak memberi butiran lengkap.

Semalam, Kemp dilaporkan menghilangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya Alyson Jackson, 24, di sebuah hotel di Bukit Bintang, pada jam 12.30 tengah malam.

Selepas itu, Alyson gagal menghubungi suaminya menerusi telefon.

Pasangan yang baru seminggu berkahwin itu berada di ibu negara untuk berbulan madu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana