Lelaki Bakar Isteri Didakwa Dalam Wad Kebakaran

ALOR SETAR 12 Julai - Lelaki yang ditahan selepas dikatakan membakar isteri yang baharu seminggu dikahwininya, didakwa di katil Wad Unit Rawatan Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.

Bagaimanapun, Akmal Zakwan Ahmad Zaini, 23, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Akmal Zakwan dituduh mendatangkan kecederaan kepada Shafikah Ismail, 23, yang juga isterinya di sebuah rumah di Kampung Abi Padang Machang, dekat Kangar, pada 6 Julai lalu.

Pendakwaan dilakukan Ketua Unit Pendakwaan Perlis, Badius Zaman Ahmad di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Rosli Osman.

Akmal yang turut menerima rawatan di HSB akibat kecederaan pada sebahagian muka dan badannya akibat kebakaran, terbaring di katil wad dengan tangannya digari.

Hakim sebaik mendengar pengakuan tertuduh kemudian menawarkan ikat jamin RM15,000 dan tertuduh diarah membela diri dengan mendapatkan khidmat peguam atau melalui biro bantuan guaman, sementara menunggu tarikh sebutan semula kes yang akan ditetapkan kemudian.

Shafikah melecur hampir seluruh badan selepas dibakar Akmal Zakwan di rumah nenek mereka.

Lebih menyayat hati, kejadian menimpa wanita berasal dari Johor itu betul-betul pada hari jadinya ke-23.

Mangsa yang melecur hampir 85 peratus anggota badan, dirawat di HSB dan keadaannya dilaporkan stabil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana