KUIN tu pun tak boleh kasi setel, lagi mau komen..Kuman DiSeberang Laut Nampak..Inilah PR


MAHFUZ DAKWA NAJIB LEMAH DALAM ISU PENGARAH UMcedel.

KUALA LUMPUR, 2 JULAI : Tindakan perletakan jawatan Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sebagai dekan dan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan melanggar saranan di dalam Program Transformasi Kerajaan yang dilaungkan Perdana Menteri sebelum ini, dakwa Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar. Dalam kenyataan media semalam, Mahfuz menyifatkan bahawa tindakan menggugurkan Prof Redzuan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab ditunjukkan oleh pemimpin kerajaan yang mempunyai kepentingan di dalam Universiti Malaya yang secara jelas tidak boleh menerima kajian yang dibuat oleh badan tersebut. Mahfuz turut mendakwa bahawa tindakan yang dilakukan terhadap Prof Redzuan tersebut secara jelas telah memalukan Datuk Seri Najib kerana perkara tersebut telah membuktikan bahawa kerajaan pimpinan beliau masih tidak dapat mengamalkan kebebasan bersuara di negara ini.

"Dengan mengambil tindakan ke atas Prof Redzuan, jelas menunjukkan bahawa janji pelaksanaan transformasi politik yang dilaungkan Perdana Menteri untuk memberi ruang kebebasan bersuara yang lebih luas kepada rakyat, adalah suatu pembohongan semata-mata", ujar Mahfuz kepada media. Mahfuz turut menuduh bahawa campurtangan pihak kerajaan ke dalam hal ehwal akdemik adalah satu perkara yang jijik dan dilihat seolah-olah menghina institusi tersebut sambil menegaskan bahawa pihak PAS sentiasa menyokong Prof Redzuan dan mahukan beliau kembali memegang jawatan Pengarah UMcedel dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

 "Rupa-rupanya ‘langkah’ pertama yang diambil kerajaan ialah dengan tidak menyambung perkhidmatan seorang tokoh akademik yang berwibawa. Bagi pihak PAS, saya mendesak agar Redzuan dikembalikan jawatannya sebagai Pengarah UMcedel dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial," tambah beliau lagi. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan melaui twitternya semalam menafikan sekeras-kerasnya kontroversi tersebut ada hubung kait dengan Putrajaya seperti mana yang dicanangkan oleh pihak pembangkang di media-media di atas talian. "Apapun terjadi kepada Prof Redzuan, ia bukan daripada campurtangan Putrajaya malah langsung tidak termasuk mana-mana pertimbangan kerajaan," ujar beliau di laman twitternya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana