Ku Nan Gesa SKMM Ambil Tindakan Individu Sebar Fitnah

KUALA LUMPUR 5 Julai - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap pihak yang memfinah dan memutar belitkan kenyataanya.

Tengku Adnan berkata, kenyataannya dalam isu golongan gelandangan dan arahan supaya badan bukan kerajaan (NGO) "Soup Kitchen" ditutup  telah diputarbelitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kita minta SKMM cari penfitnah ini dan ambil tindakkan kerana mengelirukan rakyat. Kita mesti ada perancangan dan kajian, takanlah nak buat suka-suka nak jadi populis mudah.

"Yang menghairankan kenapa semuanya salahkan kerajaan padahal kerajaan telah laksanakan perkara betul tetapi diputarbelitkan dan difitnah," katanya ketika berucapa pada Program Nur Ramadan di Masjid Al-Muttaqin di Wangsa Melawati hari ini.

Dalam pada itu beliau turut menyangkal dawaan bahawa ada pegawai DBKL menyaman pengurusan masjid Kampung Baru kerana mengedar bubur lambuk kepada orang ramai.

"Pegawai-pegawai saya langsung tidak buta akan pekara itu.

"Pengarah Penguatkuasa saya akan membuat laporan polis untuk mengenalpasti siapa yang membuat pekara itu," tegasnya.

Terdahulu, dilaman sosial tersebar entri dari pengguna akaun bernama Aduka Teruna yang mendakwa DBKL mengeluarkan 21 saman kepada pemberi bubur lambuk di Masjid Jamek dan 103 lagi kepada penerima.

Entri tersebut turut mendakwa tindakan DBKL tersebut merupakan susulan daripada pengesahan oleh barisan menteri kabinet bahawa pemberian sedekah adalah satu hukum jenayah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana