Kritikan Pedas Tun Mahathir.....Amerika dan Eropah politikkan tragedi MH17

Amerika dan negara-negara Eropah seolah-olah sengaja menggunakan isu MH17 bagi mengenakan sekatan ke atas Russia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam nada kecewa, kata Dr Mahathir negara blok Barat itu menggunakan peristiwa malang yang menimpa pesawat Malaysia untuk tujuan politik mereka.

"Saya rasa kecewa kerana tanpa penyelesaiannya, Amerika dan Eropah sudah mengenakan sekatan terhadap Rusia seolah-olah mereka mencari sebab untuk bertindak terhadap Rusia dan guna peristiwa malang ini untuk tujuan politik," katanya.

Sambil mengakui sangat sedih dengan kejadian MH370 dan MH17, Dr Mahathir berkata kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kepada pesawat komersial MAS.

Menurut beliau, semua pihak, samada blok Barat mahaupun blok Timur tidak perlu menuding jari antara satu sama lain berhubung tragedi MH17.

"Siasatan lanjut akan menentukan pihak sebenar yang terlibat dalam nahas membabitkan pesawat itu,"ujarnya selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri di Istana Negara d Isnin.

"Kejadian MH17 merupakan jenayah sama ada dirancang atau tidak. Kita tak boleh terima salah tembak sebagai alasan", tambah beliau lagi.

Dr Mahathir turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil pendekatan untuk berunding dengan pemimpin puak pemisah pro-Rusia Alexander Borodai dalam menangani tragedi MH17.

Katanya, usaha Najib itu menunjukkan Malaysia sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun.

Penerbangan MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis. Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Mengulas mengenai Gaza, Dr Mahathir berharap masyarakat dunia sedar bahawa tindakan Israel ke atas rakyat Palestin adalah keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau yang juga presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) berkata yayasan itu turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti bantuan kewangan dan ubat-ubatan untuk disalurkan ke Gaza selain bekerjasama dengan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) dan Viva Palestina.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana