Konflik kepimpinan PAS dalam isu tukar Khalid Ibrahim

Satu tragedi yang begitu menyayat sedang berlaku dalam PAS satu-satunya parti Islam yang berjuang atas landasan AlQuran dan AsSunnah di negara ini.

Di satu segi tragedi ini terjadi hasil daripada kemasukan terancang puak parasit yang sememangnya dari awal berhasrat untuk memporakperanda dan mengguling sayap ulamak yang merupakan anggota teras PAS sejak dari awal penubuhannya.

Dari satu segi yang lain, tragedi ini dikatakan sebahagian daripada "grand design" Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melihat PAS tidak mempunyai kekuatan melebihi PKR sebagai langkah mudah untuk mengurus parti Islam itu dalam konteks kesinambungan Pakatan Rakyat dalamana Anwar Ibrahim menjadi peneraju utama dan dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri.

Seperti yang pernah saya sebutkan, Anwar Ibrahim memerlukan sesuatu yang dramatis untuk mengelak diri daripada merengkuk di Sungai Buluh.

Salah satu peluang yang ada dan bertepatan dengan skima politik "melepas diri" ialah dengan menimbulkan suasana harubiru dalam PAS yang dilihat sebagai pencabar utama kepada muslihat politiknya.

Belum pernah dalam sejarah parti Islam ini ujud keadaan dalmana ada sebahagian pimpinan lapis pertama secara terbuka menidakkan Presiden parti.

Presiden dicerca, dimalu, dihina dan "ditelanjangkan" secara terbuka dikhalayak. Boleh dikatakan tiada lagi darjah penghinaan yang tidak diguna dan ditujukan kepada Presiden parti.

Saya telah mengenali secara peribadi Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi (DSTGHH) sejak awal 70 an lagi. Pernah bermusafir bersama kebeberapa negara didunia.

DSTGHH bagi saya contoh hidup ulamak tulen dari segi ilmu, amalan, akhlak dan yang penting dalam apa keadaan terus tegak dengan prinsip dan nilai keulamakannya.

Membandingkan kredibiliti kepimpinan DSTGHH dengan mana-mana parasit yang dilihat tergedik-gedik menjulang skima politik Anwar Ibrahim samalah seperti meletakkan kasturi sejajar dengan secebis najis.

Saya amat yakin kenyataan DSTGHH yang dikeluarkan dua hari yang lalu menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai MB Selangor bukan dibuat secara sempang perenang. Ianya adalah bersumberkan satu pemikran yang terbentuk melalui ibadah tafakkur, tadabbur, istikharah, munajat dan lenangan airmata memohon selintas petunjuk.

Di satu pihak yang lain jelas mereka didorong oleh tuntutan nafsu yang menjadikan mereka sombong, bongkak dan ujub. Mereka sanggup mengenepikan landasan akhlak, etika dan mencemari prinsip-prinsip kepimpinan dan kepengikutan seperti yang terpancar dalam fiqh politik Islam.

Mereka mengenepikan langsung ilmu yang ditimba dalam sesi usrah, tamrin dan berbagai lagi. DSTGHH memerlukan sokongan dan dokongan dari semua pihak dalam parti Islam itu. Tidak cukup sekadar sayap ulamak, pemuda dan Pas Selangor.

Seluruh sejuta ahli PAS dan masyarakat Islam amnya di negara ini seharusnya berdiri sebaris dengan Presiden parti ketika PAS sedang menghadapi cabaran getir bikinan musuh dalam selimut dan orang luar yang semakin terdesak untuk mencari keledai yang boleh menanggung sama beban peribadi dan beban partinya yang tidak mampu ditanggung dan dipikulnya lagi.

Mohon semoga semangat Madrasah Ramadhan akan membawa pimpinan dan ahli PAS ketampuk asalnya bersumberkan AlQuran dan AsSunnah. Aamiin

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana