Kisah sebenar di sebalik video 'pertengkaran' 2 orang guru didedahkan..

Kuala Lumpur: Umpama hilang akal apabila guru lelaki yang mengajar murid Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab, Pahang, naik angin terhadap anak muridnya hanya kerana mahu melihat tugasan melukis yang diberikan kepada mereka.

Video kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan guru terbabit sedang memarahi anak muridnya dengan suara menengking sambil diperhatikan guru lain yang berada berhampirannya.

"Cakaplah mana lukisan itu...mana...aku nak tengok!!!...melukis tak nak, keluar! sini melukis," kata guru itu menerusi paparan video yang menarik perhatian lebih 9,000 pengguna FB, sehingga tengah hari ini.

Dalam video berdurasi dua minit 15 saat itu, guru terbabit dipercayai turut menengking dan cuba mengasari guru besar sekolah berkenaan yang cuba menegur sikapnya.

Namun, guru lelaki itu terus berkata sesuatu yang kurang jelas seakan cuba melakukan provokasi terhadap guru besar dan hanya terdapat ungkapan 'pengecut' daripada guru lelaki terbabit.


Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit itu mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Macam ni perangai pendidik...cakap terjerit-pekit...sepatutnya tunjukkanlah sikap yang baik di depan murid ni tak perangai buruk yang dipamerkan, memalukan kaum pendidik saja," luah seorang pengguna dikenali sebagai Hamid Yahya.

Seorang lagi pengguna FB dikenali sebagai Daniel Shahputra berkata, video memaparkan sikap dan tindakan guru itu perlu di bawa kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Paparan video ini menjadi bukti... guru ini perlu dibantu... andai tidak, boleh membahayakan keselamatan pelajar dan pihak sekolah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang, Rosdi Ismail berkata sudah maklum mengenai perkara berkenaan dan sedang melakukan siasatan.

“Pihak kami sudah menerima laporan mengenai tindakan guru terbabit dan kami sedang menyiasat sama ada insiden itu benar-benar berlaku atau sebaliknya.

"Jika laporan yang kami terima mengesahkan guru berkenaan bertindak kasar terhadap murid dan guru besar sekolah itu seperti didakwa dalam video berkenaan, kami akan mengambil tindakan tatatertib yang bersesuaian terhadap guru itu," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, segala keputusan untuk mengambil tindakan kami pertimbangkan selepas mendapat keputusan pihak jawatankuasa tatatertib bagi tindakan selanjutnya.

"Sehingga ini, kami turut memberi perhatian sepenuhnya terhadap semua pihak yang terbabit termasuk kakitangan dan murid sekolah berkenaan,” katanya.-HarianMetro

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana