Khalid Samad tetap nak dengar dari Sultan Selangor sendiri mana salahnya...

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad tetap nak control macho dalam isu Sultan Selangor murka padanya.Dalam bahasa mudah beliau seperti tidak mahu tergolek begitu saja.

Angin beliau tidak mudah mengalah jelas terasa sepanjang sidang akhbarnya yang diadakan di Shah Alam awal petang Khamis.

Bayangkan dalam suasana sekarang Khalid masih kata beliau tetap berpendirian kerajaan negeri harus kaji semula kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Katanya cadangan itu tidak bermakna beliau mencabar kuasa Sultan sebaliknya untuk melindungi institusi raja sekiranya MAIS dikritik.

Khalid yang sudah tulis surat memohon mengadap Sultan Selangor dakwa beliau masih tak pasti dibahagian mana kata-katanya ( pada 17 Jun lalu) mencabar kuasa Sultan.

Katanya beliau sedia mohon maaf 'sepenuhnya' kepada Sultan Selangor, jika selepas mengadap baginda tunjuk apa salahnya dan ia terbukti betul.

“Saya meminta maaf dan ampun sekiranya apa yang saya sebut atau tulis memberikan gambaran sedemikian rupa kepada DYMM Sultan Selangor. Saya tiada niat walau sebesar zarah untuk bertindak biadap apatah lagi mencabar kuasa DYMM Sultan Selangor.

“Surat sudah dihantar petang semalam sekitar jam 5 petang untuk dapatkan kebenaran menghadap supaya saya boleh jelaskan,” katanya.

Khalid juga menyatakan kesediaannya menerima hukuman daripada parti termasuk diminta meletak jawatan selaku Ahli Parlimen.

“Setakat ini saya serah kepada parti. Kalau parti rasa Sultan murka dengan saya dan berterusan setelah berpeluang menghadap dan menjelaskan perkara itu, saya akan letak jawatan kalau parti kata Khalid, kamu kena letak jawatan,” ujarnya.

Khalid dalam masa yang sama turut menyatakan kesediaannya sekiranya Sultan mengambil tindakan berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri yang membolehkan beliau dibuang dari Selangor.

“Kalau undang-undang adalah begitu, apa kita nak buat tetapi setakat ini saya melihat Sultan Selangor tidaklah seperti itu, tidak macam Perkasa yang nak pancung saya ataupun sebagainyalah.

“Saya mengharapkan supaya Sultan akan berkenan untuk membenarkan saya menghadap untuk menjelaskan apa yang maksud di sebalik cadangan saya itu,”  jelasnya lagi.

Khalid juga memberitahu beliau ada bertemu Sultan pada satu majlis berebuka puasa 30 Jun.

Namun,katanya beliau tidak nampak mcam Sultan murka padanya.

Sebab itu,katanya beliau terkejut bila mendapat khabar kelmarin bahawa Sultan murka padanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana