Khalid komen mengenai usul undi tak percaya PR terhadapnya, "Tak apa..."

Tanda tanya kini berlegar dikalangan orang ramai berapa lama lagi 'drama bersiri'  PKR ini akan jalan terus...isu nak tukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ini.

Sudah lebih setahun sejak PRU13 hingga kini, Abdul Khalid nampak steady saja walaupun musuh-musuh politiknya di dalam PKR, DAP dan PAS makin bertambah.

Makin lama PKR prolong... dari kudis sudah jadi luka. Ramai yang sudah meluat dengan politiking yang tidak ada kesudahan di Selangor ini.

Manakala nama-nama yang disebut nak ganti Abdul Khalid pun sudah banyak.Asaknya dari asalnya Azmin Ali kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kini isterinya, ADUN Kajang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Itu dari PKR, dari PAS ada Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Tapi Abdul Khalid nampak cukup yakin macam orang tolak tak rebah setakat ini. Selepas gagal cara 'pujuk', sudah timbul desas desus PKR hendak bawa usul khas undi tidak percaya kepada Abdul Khalid dalam sidang DUN Selangor akan datang.

Apa reaksi Abdul Khalid ?....Empunya badan sendiri tunjuk beliau tidak gentar dengan rancangan tersebut yang dijangka akan dilakukan oleh usul yang dibawa ADUN-ADUN PKR.

Abdul Khalid yang ditemui pada Majlis Berbuka Puasa MB Selangor Bersama Media Subang Jaya Selasa malam berkata proses itu sememangnya ada dalam peruntukan undang-undang negeri Selangor.

"Tak apa, itu sudah ada peruntukan dalam Enakmen Negeri Selangor, dan perkara ini memang ada dalam peruntukan. Kalau dah ada dalam peruntukan, apa pun boleh dibuat mengikut peruntukan," katanya.

Ditanya sama ada usul undi tidak percaya terhadapnya akan mendapat sokongan daripada wakil rakyat sekiranya berjaya dibentangkan, beliau berkata: "Saya tidak buat spekulasi dalam hal ini."

Pada Selasa timbul spekulasi berhubung mesyuarat khas BBC yang dipengerusikan musuh politik Abdul Khalid, Azmin Ali bahawa satu usul undi tidak percaya akan dibuat terhadap Menteri Besar itu.

Bagaimanapun  Azmin ketika ditemui selepas mesyuarat itu menafikan isu berkenaan dan sebaliknya menggesa semua pihak menghentikan fitnah dan spekulasi terhadap Abdul Khalid.

Isu mengenai undi tidak percaya muncul selepas ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan beberapa Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Selangor (BBC) mengadakan mesyuarat di Bangunan Annex DUN Selangor hari ini.

Mesyuarat itu dikatakan untuk membincangkan mengenai nasib Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, pada sidang media selepas mesyuarat itu, Azmin yang juga pengerusi BBC meminta semua pemimpin serta ahli parti itu menghentikan serangan peribadi terhadap Abdul Khalid.

Beliau berkata, isu pertukaran Menteri Besar Selangor hanya akan dibincangkan secara kolektif apabila tiba masanya, nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana