Khalid dedah perbualan dengan Sultan berkaitan jawatan MB

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan perbualan beliau dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kemelut penukaran jawatan Menteri Besar yang hangat diperkatakan kini.

Menurut Abdul Khalid beliau telah memberi jaminan kepada Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri besar selagi khidmatnya diperlukan.

Abdul Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada beliau bahawa baginda mahu MB yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab.

"Saya maklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya akan bertugas sehinggalah saya tidak lagi menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor di masjid Kampung Assam Jawa di Kuala Selangor Rabu malam.

Pada Selasa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.

Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan berkata penggantian dan pelantikan Menteri Besar perlu mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Jelasnya, perkara ini juga terserah kepada rakyat Selangor.

“Walau bagaimanapun saya ingin menyatakan bahawa saya akan menjadi Menteri Besar kalau tidak diganti saya akan teruskan.

“Tapi penggantiannya diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor (DNS),” katanya.

Kata Adun Pelabuhan Klang ini lagi, beliau sejak awal lagi teguh dengan pendirian menyertai PKR bagi meneruskan reformasi dan membantu rakyat.

Beliau menambah, tugas sebagai Menteri Besar akan diteruskan dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah.

“Saya tidak (terasa hati). Ini adalah politik dan saya masuk PKR kerana reformasi.

“Saya ingin bekerja untuk rakyat dan saya akan tunaikan tanggungjawab saya sehingga tidak diminta untuk tidak melakukan tanggungjawab tersebut.

“Saya juga sangat seronok perkara ini. Boleh jadi tahun akan datang saya dapat berehat dengan cucu-cucu saya,” katanya dengan nada bergurau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana