Khalid Bakal Masuk PAS ?

Mungkinkah Tan Sri Khalid Ibrahim bakal masuk PAS, soal Badrul Hisham Saharin yang merujuk kepada sekeping foto pertemuan Menteri Besar Selangor itu dengan kepimpinan tertinggi PAS yang diketuai Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Badrul Hisham atau lebih dikenali Chegubard menyiarkan sekeping foto pertemuan itu yang didakwa berlaku pada malam 12 Julai di kediaman Khalid.

“Gambar dari sumber rapat dengan Tan Sri Khalid..pertemuan tiba-tiba pimpinan utama PAS tengah malam tadi di rumahnya.

“Mungkinkan Tan Sri Khalid masuk PAS,” soal Chegubard.

Blogger pro PAS, Cenangau Daunkari berkata jika PKR yang liberal pun Khalid tidak mampu setia, apakah Khalid bersedia untuk berbaiah cerai taklik jika masuk PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana