Khairy Bersuara : Masyarakat Masih Tiada Kesedaran Sivik

KUALA LUMPUR 15 Julai - Masyarakat Malaysia masih tiada kesedaran sivik yang tinggi terutamanya melibatkan isu kebersihan apabila seringkali dilihat bersikap lepas tangan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, masyarakat dewasa ini meninggalkan sampah mereka dengan harapan akan ada pihak lain yang mengutipnya.

"Saya nak angkat topi dan tabik satu kumpulan NGO yang bernama NRC11 (Najib Razak Club) kerana mereka secara sukarela telah mengutip sampah yang ditinggal oleh peminat-peminat bola sepak dua malam sudah di Dataran Merdeka. Mereka telah membantu perkerja2 DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang bedepan dengan hasil sikap dan budaya rakyat kita yang masih lagi tidak berapa civic conscious atau mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.

 "Walaupun tong-tong sampah disediakan di Dataran sempena dengan program tayangan final Piala Dunia, ramai yang masih meninggalkan sampah mereka di atas pandang dengan harapan ada orang lain yang akan kutipnya," katanya dalam laman sosial Facebooknya hari ini.

Sehubungan itu Khairy berharap supaya sikap yang ditunjukkan itu dijadikan sebagai contoh dalam usaha menuju seiringan negara maju.

"Yang pasti hasil usaha pekerja2 DBKL dan juga kerjasama yang diberi anak2 muda NRC11, Dataran Merdeka dibersihkan dalam masa yang cepat. Terima kasih kepada mereka. Semoga lebih ramai lagi rakyat kita mencontohi semangat dan kesedaran sivik NRC11. Kalau nak jadi negara yang maju, minda dan sikap juga mesti maju," ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana