Ketua Pemuda Umno Perlis Buat Laporan Polis Diugut

KANGAR: Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar pada Isnin membuat laporan polis mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man mengetahui mengenai ugutan membabitkan keselamatan dan nyawanya.

Menurut Syed Atif seorang anggota jawatankuasa Pemuda Umno Negeri memaklumkan kepada beliau bahawa Azlan yang ditemui anggota itu pernah melafazkan ungkapan yang memberi gambaran bahawa beliau (Azlan) mengetahui kes berkenaan (ugutan).

Pertemuan itu berlangsung pada satu program di Pusat Khidmat ADUN Pauh pada malam 25 Jun, kata Syed Atif kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini.

Beliau tidak pula menyatakan nama orang yang mengugutnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana