Kereta Rempuh Papan Tanda: 3 Maut 3 Parah

REMBAU: Dua lelaki dan seorang bayi lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh papan tanda penunjuk arah di KM240, Lebuhraya Utara-Selatan, menghala ke utara dekat sini, pada Sabtu.

Anggota paramedik memberikan rawatan kecemasan kepada kanak-kanak perempuan yang turut terbabit dalam kemalangan di KM240,

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Abdul Aziz Ali berkata dalam kejadian 4.45 petang itu, kereta dinaiki enam mangsa itu sedang dalam perjalanan dari arah Simpang Ampat menghala ke Senawang apabila dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh papan tanda penunjuk arah.

"Tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian iaitu pemandu kereta, Mohd Fauzan Salleh, 28, beralamat di Taman Muhibbah, Gemencheh, penumpang Yunus Salem Angran, 21, dari Sungai Besar, Selangor dan anak Mohd Fauzan, Muhammad Firas, berumur lapan bulan," katanya ketika dihubungi.

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Tiga lagi mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Operasi menyelamat dijalankan oleh sepasukan enam anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana