Kerajaan Selangor jangan jadi ejen penggalak perjudian

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor diingatkan agar tidak menjadi ejen penggalak budaya perjudian yang boleh merosakkan masyarakat dengan membenarkan sebuah syarikat membina pusat lumba kuda di Kuala Kubu Bharu.

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, syarikat terbabit juga tidak sepatutnya meneruskan cadangan pembinaan tersebut kerana budaya tidak sihat itu hanya memudaratkan masyarakat.

"Kita dah cukup dengan masalah, jadi tak perlu kita tambah lagi. Seharusnya kita buat kerja ke arah kemurniaan peribadi dan budaya. Kalau dia buat seperti ini tidak akan membawa kepada akhlak yang baik jadi kita tak boleh menerimanya.

"PPIM melihat perkara ini sebagai pencabulan kepada usaha memurnikan akhlak penduduk Malaysia yang cukup tercemar sekarang ini," katanya kepada Antarapos.

Memetik sebuah laporan akhbar hari ini, Kumpulan Bantahan Pembinaan Pusat Lumba Kuda sekali lagi tampil dalam memberikan bantahan terhadap pembinaan terbabit.

Malah bantahan yang sama telah dibuat pada tahun 2011 dan ia permohonan syarikat itu tidak diluluskan, namun syarikat berkenaan sekali lagi berusaha untuk memohon kebenaran.

Syarikat itu juga turut mengemukakan kaji selidik daripada sebuah universiti tempatan yang menyatakan 50 peratus daripada Melayu bersetuju dengan pembinaan pusat itu.

Pusat lumba kuda yang menawarkan aktiviti perjudian itu dikatakan adalah yang terbesar di Asia.

Mengulas mengenai perkara itu, Nadzim menegaskan kerajaan negeri harus memainkan peranan dalam hal ini dan tidak sewenang-wenangnya memberi kelulusan bersandarkan kajian itu sahaja.

"Kerajaan negeri tak bolehlah bila orang minta, mereka bagi (sewenang-wenangnya). Mereka mesti ada kawalan, dasar yang betul tentang perkara ini. Cukuplah dengan masalah yang dah ada sekarang.

"Kita tidak boleh berpandukan kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre ini kerana sebelum ini pusat terbabit ada menimbulkan soal keraguan dalam kajian yang mereka buat.

"Pada kita apa jua kajian yang dibuat itu masih tidak memberikan justifikasi kepada pengwujudan tempat lumba kuda itu. Saya tak nampak apa keperluannya pun, kerana benda-benda ini tidak menggalakkan kebaikan. Jadi pada kita sepatutnya benda ini dah ditutup," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana