KEPALA LEMBU DEPAN RUMAH RAYER BUKAN KERJA UMNO...PULAK DOH

Isu seorang lelaki meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Adun Seri Delima RSN Rayer sudah cukup untuk memberikan kita mesej bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang dan pemimpinnya jauh lebih berminat untuk melakukan tuduhan terhadap Umno daripada melakukan siasatan terlebih dahulu.

Sudah pasti sekiranya perkara yang sama dilakukan oleh Umno seperti mana kes Teresa Kok dengan video satiranya akan dipertahankan pula bermati-matian walaupun ia jelas menghina kepimpinan negara.

Guan Eng sebelum ini turut membuat tuduhan yang sama walaupun ianya tidak dilakukan secara terang-terangan. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata pihaknya tidak menyalahkan mana-mana pihak, tetapi menegaskan bahawa sejarah menunjukkan bahawa Umno pernah melakukan perkara yang sama pada tahun 2009 di Selangor.Baca Sini

Begitulah sikap "double standard" yang sering berlaku dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini.

Disebabkan isu yang semakin meleret dan cubaan pihak tertentu untuk terus memanipulasi kes tersebut , Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor tampil mempertahankan Umno dengan keyakinannya bahawa insiden terbabit tidak dilakukan oleh ahli-ahli Umno.

“Saya berkeyakinan ini bukan kerja Umno,” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media semalam.

Menurut Tengku Adnan , ahli-ahli UMNO tidak akan melakukan perbuatan sedemikian dan ahli Umno tidaklah sejahat itu.Beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sering kali menyalahkan Umno dalam apa jua yang berlaku terhadap mereka.

“Saya tidak tahu siapa yang buat, tetapi setiap kali perkara seperti ini berlaku, Umno akan dipersalahkan.

“Tetapi takkanlah Umno sejahat ini. Sebagai seorang Islam saya pun tak suka orang buang babi di rumah saya.

“Begitu juga untuk mereka ini, saya harap jangan buat perkara-perkara ini lah,” katanya lagi ketika ditanya pemberita.

Untuk rekod insiden ini berlaku disebabkan oleh sikap pemimpin DAP sendiri , RSN Rayer yang dikecam hebat sebelum ini kerana tindakannya menggelarkan pemimpin Umno sebagai celaka ketika di Dewan Undangan Negeri serta dalam ceramahnya sewaktu PRK Bukit Gelugor sedang berjalan.

Malah ianya semakin panas apabila Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkannya sebagai “‘harga yang perlu dibayar jika bermulut celupar.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana