Kematian model: Dua ditahan

JOHOR BAHRU - Dua lelaki direman oleh mahkamah Kota Tinggi kerana mempunyai kaitan dengan kematian model sambilan warga Estonia, Regina Soosalu di Pulau Rawa, Mersing pada 1 Julai lalu.
Setakat ini, seramai tujuh individu dibawa untuk membantu siasatan.Berdasarkan laporan sebelum ini, polis menyiasat kematian Soosalu sebagai mati lemas tetapi kemudiannya mengubah siasatan itu selepas mendapati terdapat kesan kecederaan mencurigakan di badannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan mengesahkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 Soosalu dilaporkan bersiar-siar di sepanjang pantai di Pulau Rawa dekat sini pada 1 Julai ketika tragedi itu berlaku, lapor mStar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana