Kalau Wan Azizah MB Selangor...

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya akan menjadi proksi kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Samsu Adabi Mamat berkata, Wan Azizah tidak akan dapat lari dari menerima ‘telunjuk’ Anwar sekiranya beliau mendapat mandat itu.

“Beliau (Wan Azizah) mempunyai Anwar (menyokong) di belakang.

“…jadi pada saya beliau akan mentadbir sebagai proksi kepada Anwar sekiranya beliau dipilih,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat
Sementara itu Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan pula berkata, Wan Azizah sememangnya layak untuk memegang jawatan tersebut.

Menurut Jayum, pandangan yang mengatakan bahawa Wan Azizah sebagai proksi Anwar adalah pandangan peribadi dan sememangnya tidak dapat dielakkan.

“Wan Azizah kalau dilihat balik mempunyai ‘track record’ yang cemerlang dalam politik.

“Beliau adalah Presiden PKR, telah berpengalaman sebagai ahli Parlimen lebih daripada 20 tahun.

“…bagi saya tidak timbul isu kelayakan di sini, menyentuh isu proksi pula, Perdana Menteri juga dikatakan proksi kepada pihak-pihak tertentu….tetapi kena ingat bahawa yang buat keputusan itu akhirnya Perdana Menteri juga, samalah juga dengan kes Wan Azizah…

“Jadi pandangan sebegitu sememangnya tidak boleh lari daripada masyarakat kita,” katanya lagi.

Terdahulu isu jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim panas apabila terdapat gesaan agar beliau melepaskan jawatan itu.

Terkini, pimpinan Pas Pusat dan Selangor mengadakan pertemuan hari ini bagi membincangkan suasana politik negeri Selangor termasuk isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana