Kalau bukan kerana PKR, Khalid tidak akan jadi MB Selangor.

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin terus mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya.

Biarpun berdepan tindakan disiplin dan telah diberikan surat tunjuk sebab, Shamsul dengan lantang mendesak Abdul Khalid supaya patuh kepada desakan supaya beliau meletak jawatan.

Katanya, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu perlu ingat bahawa jik tidak kerana PKR memberikan jawatan menteri besar, Khalid tidak mungkin menduduki kerusi tersebut.

"Kenyataan ini jelas menzahirkan kedangkalan beliau dalam memahami bahawa jawatan menteri besar itu sendiri diperolehi melalui pencalonan Parti Keadilan Rakyat khususnya dan konsensus Pakatan Rakyat amnya, yang telah dipilih majoriti rakyat Selangor semasa PRU13 yang lalu.

"Amat malang apabila proses ini tidak dianggap penting dan dibelakangi. Ini jelas menunjukkan beliau meletakkan dirinya melebihi kepentingan parti, seolah-olah beliau merupakan faktor utama kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu mendakwa Majlis Pimpinan PKR telah sepakat meminta Abdul Khalid berundur dalam satu mesyuarat pada 15 Januari lepas.

Justeru katanya, Abdul Khalid perlu patuh kepada keputusan mesyuarat tersebut dan tidak berkeras bahawa menteri besar tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya.

Kenyataan Shamsul itu dibuat berdasarkan laporan media yang memetik Abdul Khalid sebagai berkata, "kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya” sebagai merujuk kepada kedudukan menteri besar Selangor yang kini disandangnya.

Shamsul turut mengingatkan Abdul Khalid bahawa beliau tidak mungkin menang di DUN Ijok atau Pelabuhan Klang pada tahun 2008 dan 2013 sekiranya bertanding sebagai calon Bebas ataupun calon BN.

"Rakyat Selangor telah memilih KEADILAN dan Pakatan Rakyat kerana yakin  dengan agenda dan manifesto yang ditawarkan secara kolektif dan bukan kerana Tan Sri Khalid," katanya.

Shamsul bersama calon Ketua AMK, Amiruddin Shari yang dikatakan dari pasukan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali diberi surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin PKR ekoran tindakan mereka mengecam Abdul Khalid sebelum ini.

Turut diberikan surat tunjuk sebab ialah Faekah Husin, bekas Setiausaha Politik Abdul Khalid yang kini dilantik sebagai penyelaras DUN Pelabuhan Klang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana