Kaji semula cadangan kadar caj kereta asing masuk ke Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO Johor meminta agar caj permit kenderaan asing dari Singapura ke Malaysia yang dicadangkan, dikaji semula memandangkan kadar cadangan sebanyak 20 dolar Singapura (lebih kurang RM50) bagi setiap kenderaan asing agak rendah.

Ketua Pemudanya Hahasrin Hashim berkata kadar itu harus dinaikkan ke RM100 berikutan kedudukan mata wang asing Singapura lebih tinggi berbanding nilai mata wang tempatan.

"Selain itu, harga barang di negara ini yang murah berbanding di negara mereka juga perlu diambil kira apatah lagi ada ketikanya rakyat Singapura juga menikmati harga barang yang telah disubsidi oleh kerajaan," katanya dalam kenyataan di Kota Tinggi, Jumaat.

Bernama melaporkan Hahasrin juga menyambut baik cadangan agar sebahagian daripada hasil levi diserahkan kepada kerajaan negeri untuk dibelanjakan bagi tujuan penyelenggaraan infrastruktur di negeri itu.

Kerajaan negeri sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada kerajaan pusat sejak cadangan untuk mengenakan kadar SG$20 kepada kenderaan asing yang memasuki Malaysia melalui tambak Johor diserahkan lima bulan lepas.

Hahasrin berkata menerusi kutipan levi itu, ia bukan setakat memberi manfaat buat rakyat Johor malah seluruh Malaysia amnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana