Ka Siong bertikam lidah dengan Rafizi ketika sidang Dewan Rakyat Khas

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh kira-kira 15 minit apabila Datuk Dr Wee Ka Siong berbalah dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, mengkritik twit Rafizi yang mendakwa kerajaan menggunakan duit rakyat untuk merasuah puak pemisah bagi mendapatkan kotak hitam pesawat MH17.

Ketika membahaskan usul khas tragedi MH17, Ka Siong berkata, laluan yang digunakan oleh MH17 adalah mengikut garis panduan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan yang dilakukan pesawat itu adalah mengikut protokal yang diminta.
"Saya mahu maklumkan ada laluan alternatif tetapi akan guna optimum dalam keadaan biasa. Jangan kita putar-belitkan. Saya terkilan ada kenyataan mempersoal kenapa TPM tidak pergi ke Ukarine. Bukankah Menteri Pengangkutan telah pergi ke sana?

"Saya menarik perhatian kenyataan Ahli Parlimen Pandan dalam tweeter, jangan guna duit rakyat untuk merasuah puak pemisah Ukarine....," katanya.

Rafizi kemudian bangun mencelah dan mendakwa itu adalah twit palsu dan mendesak Ka Siong menarik balik tuduhan berkenaan dan menyifatkan tuduhan berkenaan berniat jahat.

Dewan juga turut kecoh dan beberapa anggota pembangkang meminta Ahli Parlimen Ayer Hitam menarik balik tuduhan.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mengarahkan Ka Siong meneruskan hujah dan berkata bahawa Rafizi tidak mengikut aturan mesyuarat dengan menjelaskan perkara yang dibangkitkan itu tiada kaitan dengan Perkara 36 (12) iaitu keluarkan fitnah dan memberi kenyatan palsu.
"Jika twit itu palsu, Yang Berhormat dah buat sidang media untuk menjelaskannya," katanya.

Ka Siong kemudian meneruskan perbahasan dan secara sinis meminta Rafizi melaporkan terlebih dahulu kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia berhubung akaunnya digodam sebelum membuat laporan polis.

Gesaan itu mendapat sorakan anggota dewan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana