Jerman belasah Brazil: Datuk Bung Mokthar mohon maaf 'agungkan' Hitler...Seperti Kera Dapat Bunga

Diatas ialah satu lakaran yang beredar di internet ekoran kejayaan pasukan Jerman belasah teruk Brazil 7-1 di separuh akhir.

Bekas diktator Jerman,Adolf Hitler jadi penghias bahan jenaka itu.

Macam-macam lagi lakaran dan ' tembak menembak' berlegar antara penyokong kedua pasukan di seluruh dunia ekoran keputusan perlawanan yang sangat mengejutkan itu.

Keriuhan pada pagi Selasa itu turut disertai oleh Ahli Parlimen Kinabatangan,Sabah Datuk Bung Mokthar Radin.

Ahli Parlimen BN yang terkenal dengan kontroversi ini cakap menerusi twitternnya 'WELL DONE..BRAVO...LONG LIVE HITLER...' sebagai menyambut kemenangan Jerman.

Niat beliau cuma untuk tujuan berjenaka.

Ini kerana tak mungkin Datuk Bung adalah pencinta Hitler yang bikin onar masa perang dunia kedua dulu.

Namun niat berjenaka itu telah bertukar serius bila pelbagai pihak termasuk Duta Jerman di Malaysia kritik twitter Datuk Bung yang bunyi macam agungkan Hitler itu.

Selain menerusi kenyataan akhbar Ahli Parlimen itu diserang menerusi twitter dan facebook.

Datuk Bung sendiri kemudian tampil menjelaskan ia cuma satu jenaka.

Namun ia tidak meredakan polimek ini.
pm-bung1xx
Pagi Khamis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut serta mengulas mengenai twitter Datuk Bung.

Beliau jelas tidak setuju dengan kenyataan Ahli Parlimen itu pasal Hitler.

The comments made by Datuk Bung Moktar are unacceptable and wrong, and he will withdraw them,katanya menerusi Najib twitter.

Tambah beliau kemudian : He does not speak for Malaysia, or for ordinary Malaysians, who understand Europe’s tragic past, and respect its modern unity.
bung-tweetxxx
Datuk Bung sendiri sudah ' angkat bendera putih'.Dalam twitternya pagi Khamis beliau memohon maaf sekiranya kata-katanya yang tidak disengajakan itu menguris hati orang di Jerman.

"When Germany whacked Brazil, I unintentionally said something that hurt d feeling of d ppl in Germany.MY SINCEREST APOLOGY.LONG LIVE BUNG..,katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana