Jangan Salahkan MAS Dalam Tragedi MH17

Tiada kata-kata yang dapat melunturkan kepedihan yang kita rasa untuk pesawat MH17. Ia tidak dijangka dan kita tidak bersedia untuknya, sama seperti ketika kita kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.

Tiada negara, syarikat penerbangan atau sesiapa pun yang patut menerima tragedi berulang yang menimpa Malaysia Airlines, Malaysia dan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan mereka yang sama ada hilang atau mati semasa insiden MH17 atau MH370.

Oleh itu jelas di sini kita tidak perlu menokok-nambah kata-kata untuk mendalamkan lagi luka di hati untuk kedua-dua tragedi ini. Malaysia Airlines – antara penerbangan paling selamat dunia – kehilangan 510 penumpang 27 anak kapal dan 2 pesawat yang hilang dalam tempoh 131 hari.

Tetapi tidak, ramai yang mahu membuat andaian dan serta-merta menuduh syarikat penerbangan negara dan mengaitkan prestasi kewangannya sebagai punca ini berlaku. Adakah penerbangan yang akan berbuat begitu, terbang di zon konflik semata-mata hendak menjimatkan minyak?

Beberapa wartawan majalah antarabangsa dan laman perniagaan bertanya soalan tersebut. Malah Ketua Pemuda PAS juga mempersoalkan mengapa juruterbang MAS mengambil laluan yang begitu berisiko dan mengatakan MH17 sepatutnya mengikut langkah penerbangan lain dan terbang mengelak Ukraine.

Tetapi masalahnya: Laluan tersebut disahkan selamat di atas 10,000 meter dan MH17 bukannya terbang di ruang udara yang terlarang, menurut penilaian awal oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Laman Flightglobal itu berkata walaupun timur Ukraine merupakan kawasan berkonflik, dengan ancaman serangan dari kenderaan terbang rendah militan, IATA mengatakan ruang udara di mana pesawat MH17 beroperasi "bukan di kawasan terlarang."

Jadi mengapa pula dengan sikap merendahkan ini seperti ia salah MAS?

Adakah keadaan akan berlainan jika tweet yang bangga oleh puak pemisah mengatakan menembak kenderaaan AN-26 itu adalah benar? Adakah akan berbeza jika jet komersil yang jatuh ditembak?

"Pesawat itu berada di tempat yang salah pada masa yang salah," kata Vivian Lines, naib pengerusi pakar pengurusan krisis Hill+Knowlton Strategies Singapura, kepada The Wall Street Journal.

Namun adakah pesawat yang akan berada di tempat dan masa yang betul? Apa pun pesawat yang ditembak jatuh adalah salah. Tidak kisahlah di mana ia berlaku.

Tiada yang mahu menyatakan apa yang ketara. Bahawa 298 penumpang dan anak kapal yang berada dalam pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai itu langsung tiada kaitan dengan konflik yang berlangsung 10,000 meter di bawah mereka.

Berdasarkan perisikan Amerika Syarikat (AS) yang mengatakan peluru berpandu yang menjatuhkan pesawat MH17, logik untuk dikatakan sesiapa yang mengarahkannya atau memetik picu untuk melancarkan roket itu memang tidak ada sebab untuk mengacukannya ke arah apa-apa pesawat yang sedang terbang.

Mereka tidak memiliki ruang udara tersebut. Penumpang dan anak kapal pesawat MH17 mempunyai hak untuk penerbangan yang selamat ke Eropah atau ke mana-mana. Mengapa perlu kita salahkan MAS kerana menggunakan laluan tersebut sedangkan yang lain juga menggunakan laluan yang sama?

Pemikiran tipikal ini bagi mereka yang menyalahkan pakaian seksi apabila wanita dirogol. Punca  kes rogol disebabkan oleh perogol, bukannya mangsa. Sama juga dengan MH17.

Tanggungjawab MAS adalah menerbangkan penumpang ke destinasi mereka. Sudah bertahun-tahun syarikat itu menderita kerana pengurusan tidak cekap dan perjanjian tidak baik, tetapi masih lagi memberi hospitaliti "MH bagi Malaysian Hospitality" kepada semua.

Anak kapal dan staf penerbangan melakukan kerja terbaik mereka, oleh itu tidak logik bagi mereka mengambil risiko jika dimaklumkan adanya ancaman di laluan melalui Ukraine.

Kita dapat lihat sendiri bagaimana pesawat MH17 penuh dan ada yang terpaksa mengambil penerbangan lain untuk pulang ke Malaysia dan terselamat daripada tragedi tersebut.

Kita boleh juga lihat mereka yang mempersoalkan MAS atau Malaysia hanya kerana kedua-duanya menunjukkan prestasi yang tidak baik semasa kehilangan pesawat MH370.

Kedua-dua insiden tersebut adalah terasing. Kita masih tidak tahu apa yang terjadi kepada pesawat MH370 tetapi kita pasti apa yang berlaku kepada MH17.

Namun dalam kedua-dua kes, janganlah kita meletakkan salah kepada krew kabin dan anak kapal MAS tanpa bukti.

Betul kata perdana menteri bahawa kita bersatu dalam kesedihan, tetapi lebih baik lagi, sebuah negara sepatutnya bersatu dengan satu matlamat.

Pergolakan politik sejak Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 perlu diketepikan dan kerajaan perlu memerintah negara dan pada masa yang sama ahli politik patut berhenti mengambil kesempatan untuk mendapat peluang politik.

Mungkin benar ahli politik Malaysia semuanya mempunyai kebolehan unik untuk bercakap tanpa berfikir. Mungkin itu sebabnya Ketua Pemuda PAS mengeluarkan komen yang begitu jijik dan mengejutkan.

Kita perlu memullihkan MAS kepada kesihatan sepenuhnya kerana ia membawa nama dan bendera negara.

Kita perlu memulihkan 'sakit berbelah bahagi' di Malaysia ini dan bersatu untuk berkabung bagi 298 nyawa dari MH17 dan 239 lagi dari MH370.

Bolehkah kita lakukannya? Ataupun kita sudah melepasi kebolehan kita untuk prihatin dan merasa empati?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana