ISYARAT HADI KENA BERUNDUR KATA PENULIS PRO ANWAR

Penulis pro reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) seolah-olah menyindir kunjungan orang ramai melawat Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) sebagai isyarat mahu beliau berundur sebagai Presiden PAS.

Ini kerana keadaan kesihatannya sudah tidak begitu relevan untuk terus memegang jawatan tersebut.

“Saya ingatlah, ramai-ramai datang menzirahi Haji Hadi dengan harapan dia cepat berundur dari memimpin PAS.

“Kesihatan dan akal siasahnya dalam suasana hari ini sudah tidak berapa relevan lagi,” kata MSO yang didedahkan blogger PAS, Roslan SMS.

Menurut Roslan, kata-kata MSO di atas diumpamakan sebagai satu serangan terhadap Abdul Hadi dan ia tidak sesuai dilakukan pada bulan Ramadhan.

“Kita biasa dengan serangan musuh dari pelbagai penjuru tetapi apabila kawan sendiri mula menyerang jelas ia kini memilih menjadi musuh dan sudah bosan menjadi kawan,” kata Roslan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana