Isu pengemis Kuala Lumpur...tolong jangan buat-buat bodoh

Hairan bin ajaib...apakah ada antara kita bodoh atau sengaja buat-buat bodoh.Sebenarnya isu di depan mata adalah jelas,terang dan nyata.Kalau ada nawaitu nak putar segala benda boleh diputar agar ia nampak sangat keji.

Tolak semua fakta..hentam saja.

Betulkah kerajaan atau lebih tepat Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sudah hilang nilai kemanusiaan dan tidak ada hati perut langsung nak sekat orang bersedekah.

Apa lagi ini hari baik bulan baik dimana semangat bersedekah dan menghulur bantuan pada orang miskin dan golongan tidak berada cukup bersemarak sekali.

Sebaliknya nawaitu cadangan Kementerian Wilayah Persekutuan hendak melarang mengemis dan hulur sedekah kepada mereka di tengah pusat bandar Kuala Lumpur adalah sudah terang lagi bersuluh.

Ringkasnya seperti kata Tengku Adnan ia bertujuan untuk membersihkan kawasan pusat bandar dari kegiatan mengemis.


BERIKUT IALAH DUA KENYATAAN TENGKU ADNAN DI LAMAN FACEBOOK BELIAU SEBAGAI MENGULAS REAKSI TERHADAP CADANGAN ADAKAN PERATURAN TERHADAP PENGEMIS DAN GELANDANGAN :

1 ) Saya juga seorang Islam dan cadangan ini kita fikirkan secara bersama.

Saya tidak ada niat untuk menghalang mana-mana pihak untuk membuat amal kebajikan kerana ianya memang digalakkan dalam mana-mana agama sekalipun.

Tetapi seperti yang saya katakan, kaedah pemberian itu haruslah bersesuaian dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

Memang ada yang suka dan ada yang tidak tetapi realitinya kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah ini.

Ini 'talking points' ketika wawancara saya bersama media, ada yang tidak dilaporkan. Kementerian dan agensi mencari jalan penyelesaian bukannya menjatuhkan hukuman semata-mata.

2 ) Saya ambil maklum rungutan rakyat dan kawan-kawan berkaitan isu gelandangan yang saya bawa.

Niat saya adalah untuk perbetulkan keadaan tapi jika ada yang membuat tanggapan atau persepsi berbeza maka saya bersedia untuk memperjelas dan beri penerangan tentang tujuan saya yang sebenar.

Saya tak menidakkan usaha-usaha murni mana-mana pihak yang membantu gelandangan dan fakir miskin di ibu kota.

Saya juga telah terbaca kata-kata kesat yang telah dilemparkan kepada saya. Saya nak maklumkan bahawa niat saya tak sedemikian. Saya harap masyarakat dan org ramai faham masalah yang sedang dihadapi.

Niat saya nak jadikan ibu kota bersih. Untuk itu, saya sedia mendengar dan buat pindaan terhadap apa-apa yang perlu.

Itu asas murni tujuan hendak adakan peraturan ini.

Jika dilihat dalam kontek yang betul memang tidak ada salah silapnya.

Jadi apa yang perlu heboh,kecoh,riuh dan nak melompat sampai mendakwa seolah kerajaan amat zalim sampai begitu sekali.

Isu di depan mata...sampai kiamat sekalipun masalah mengemis dan gelandangan di tengah pusat bandar tidak akan selesai jika sesuatu peraturan tidak diperkenalkan.

Cuba cari mana ada ayat yang melarang siapa saja bersedekah dan hulur bantuan di seluruh negara.

Peraturan yang hendak dikuatkuasakan itu jelas merujuk kepada tempat yang spesifik iaitu dalam lingkungan pusat bandar Kuala Lumpur sahaja.

Ini agar tempat utama yang menjadi kebangaan dan mercu tanda rakyat negara itu tidak jadi pusat pengemis dan gelandangan.

Namun cara Tengku Adnan diserang dan dicerca nyata sudah amat  jauh di luar konteks.

Rasanya kalangan Ahli Parlimen dan pemimpin pembangkang atau mereka yang tiba-tiba merasa diri 'cukup dermawan' dok memekak menentang peraturan ini perlu bertanya diri sendiri.

Soalan cepumas ialah...apakah mereka mahu pusat bandar Kuala Lumpur jadi pusat pengemis dan gelandangan?

Juga apakah mereka mahu melihat senario pengemis dan gelandangan berkeliaran serata tempat seperti di setengah bandaraya negara lain itu menghiasi Kuala Lumpur.

Dalam konteks ini cakap-cakap cerca kerajaan tidak ada hak nak sekat orang hulur bantuan kepada orang susah...sudah berbunyi macam orang tidak ada akal langsung.

Tiada siapa yang nak sekat siapa yang merasa dirinya sangat dermawan untuk bersedekah kepada siapa jua.Persoalannya ialah tempat.itu saja.

Isu mengemis dan gelandangan di Kuala Lumpur ini bukan isu baru.

Malah bukan rahsia lagi ada sindiket mengemis profesional yang beroperasi setiap hari.

Faktanya majoriti pemgemis dan gelandangan di pusat kota adalah rakyat asing.Semua orang tahu hal ini.

Seperti kata Tengku Adnan hasil siasatan beberapa agensi kerajaan didapati ada pengemis asing yang mampu tinggal di hotel tiga bintang menggunakan hasil sumbangan orang ramai.

Oleh kerana itu, katanya kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemberi sedekah bagi memastikan sumbangan wang itu benar-benar diberikan kepada golongan yang memerlukan,

"Kita tak mahu pengemis di sepanjang jalan. Kita juga nak hentikan kegiatan sindiket (pengemisan). Saya tahu ada sindiket yang hantar budak-budak, (warga) Rohingya dan orang asing untuk dapat duit dan dia pula jadi tauke," katanya.

Siapa yang boleh nafikan apa yang dikata orang menteri itu.Ia satu fakta.

Kalau rajin mengintai ada kalanya kita boleh nampak pengemis-pengemis ini dihantar 'masuk kerja' dengan kereta atau van.

Mana ada lagi tempat paling lumayan mereka mengemis...kalau bukan pusat bandar Kuala Lumpur.

Kita selalu membaca kisah-kisah bagaimana ada pengemis yang mengaku dapat pendapatan lumayan hasil dari simpati orangramai ini.

Ada banyak lagi kisah-kisah disebalik tabir tentang ini.

Pokok pangkalnya...kalau nak hulur juga...silakan...tapi bukan di tengah bandar Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana