Inilah Cara Pemimpin PAS...masa kata lupa plak sabda Nabi...kalau boleh pusing pusing

SEMUA orang perlu diingatkan bahawa asal usul DYMM Sultan Selangor menegur seorang pemimpin PAS Selangor yang disiarkan media semalam adalah lanjutan dari kenyataannya yang mahu kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dikaji semula berikutan keengganan jabatan itu memulangkan Bible yang dirampas.

Dalam bahasa mudahnya, Sultan tegur pemimpin berkenaan yang dilihat berlebihan dalam mempertahankan Bible sehingga mahu kuasa MAIS dikaji semula, walhal MAIS bukan bawah bidang kuasa kerajaan negeri apatah lagi pemimpin itu.

Bila bergegar telurnya ditegur secara terbuka seperti itu, pemimpin berkenaan dikesan menggunakan akaun Twitter bagi membalas semula teguran tersebut dengan membayangkan dia tidak kisah dan tidak peduli – sudah tentu guna ayat-ayat berkiaslah, nak cakap terus terang tak berani.

Tak pelik sebab selama hari ini kita tahu dia pengecut.

Apa pun, respon balas pemimpin berkenaan yang boleh ditafsir sebagai kurang ajar ini adalah bukti rupa orang Melayu bila dah termakan budi DAP.

Harap undi Melayu saja tak mungkin pemimpin berkenaan dapat pertahankan kerusi Parlimen yang diwakilinya sekarang, kalau tak sokongan pengundi bukan Melayu pro DAP yang mencanak naik bilangannya di kawasan parlimen tersebut.

Sebab itu kita selalu kempen, undi tak undi DAP ni bukan soal demokrasi, tapi lebih dari itu sebab DAP bukan parti politik biasa, sebaliknya organisasi dengan begitu banyak agenda tersembunyi tapi berselindung di sebalik jenama politik.

Tengoklah pemimpin berkenaan sekarang, inilah akibatnya bila minum air tangan DAP banyak sangat.

Dalam masa sama, pandai pulak pemimpin berkenaan guna sabda Nabi bila ditegur Sultan.  Masa pertahan Bible, apa tak petik Sabda Nabi?  Bible, bukan kitab Injil pun.

Firman Allah tentang mentaati Ulil Amri pemimpin berkenaan taknak  petik ke?  Ambik mana yang ada untung saja, mana yang rugi, buat buta.

Penulis sebenarnya tak terkejut dengan sikap yang ditunjukkan pemimpin berkenaan.  Pada penulis, bila kolar dah terikat dileher, talinya pula DAP pegang, pemimpin berkenaan tak banyak pilihan, suruh menyalak, dia menyalaklah, dah memang dia baka itu.

Anehnya, dia suka pulak letak kedudukannya setaraf itu, ada juga manusia macam ini, ada maruah ke takde maruah.  Elok lagi pertahan polisi PAS, walaupun kadang-kadang boleh diperdebatkan lagi kewajarannya tapi masih tak jauh dari Islam.

Sebab itu penulis berdoa agar undang-undang hudud Kelantan yang sedang dibincangkan sekarang ini, dapat dibentangkan di Parlimen untuk perbahasan kerana penulis percaya pemimpin berkenaan akan sebelah DAP dengan mengundi menentang undang-undang tersebut.

Kalau itu berlaku, kira insiden kurang ajar dengan Sultan ni nampak kecik sangatlah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana