Inilah Cara PAS!!!!! Kenyataan Khalid Samad tak mewakili PAS Selangor

 SHAH ALAM : PAS Selangor tidak mahu terheret dalam kemelut membabitkan Sultan Selangor dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS negeri itu, Iskandar Abdul Samad berkata apa yang dinyatakan oleh Khalid tidak mewakili pandangan rasmi parti tersebut.

"Kenyataan Khalid Samad itu kenyataan peribadi beliau dan bukan pendirian PAS Selangor.

"Kami pun terkejut apabila beliau mengeluarkan kenyataan tersebut.

"PAS Selangor tidak menyokong pendirian Khalid," katanya kepada pemberita Antarapos, hari ini.

Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasa kesal dan kecewa dengan kenyataan Khalid yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.

Tindakan Khalid dan beberapa pemimpin parti Islam tersebut yang mempersoalkan kuasa MAIS itu secara tidak langsung menunjukkan kebiadapan dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub dalam bawah undang-undang.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian masjid pekan Sepang hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Iskandar kemudiannya menyerahkan kepada pimpinan PAS berhubung tindakan susulan yang akan diambil terhadap Khalid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana