Inilah Bangangnya Puak Ni....Perjanjian air Selangor dikaji semula jika Azizah jadi MB - Rafizi

Kerajaan Selangor akan mengkaji semula terma perjanjian air yang diikat dengan Putrajaya sekiranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar baru negeri itu.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menegaskan kajian semula itu akan turut membabitkan pembinaan semula loji rawatan air Langat 2, lapor Edge Daily.

"Apabila Wan Azizah naik jadi MB, seluruh penstrukturan semula industri air termasuk Langat 2 akan dikaji balik kerana (perjanjian) ditanda tangani terlalu cepat oleh Khalid,” kata beliau.

Dua hari lalu, Majlis Pimpinan PKR mengusulkan Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB baru.

Khalid setakat ini enggan berundur dan mendapat sokongan PAS Selangor untuk kekal di jawatan itu manakala DAP menyokong pencalonan Wan Azizah yang perlu mendapat perkenan istana Selangor.

Rafizi berkata terlalu awal untuk memberikan butiran mengenai kajian semula itu namun ia akan membabitkan aspek kewangan perjanjian berkenaan yang ditandatangani Febuari lalu.

PKR sebelum ini membidas Khalid kerana mengikat perjanjian itu dengan Putrajaya tanpa merujuk kepada Pakatan Rakyat mahupun parti itu sendiri.

Rafizi berkata Khalid didesak untuk membatalkan hasrat menandatangani perjanjian susulan yang akan menjadikan perjanjian Febuari itu sah di sisi undang-undang.

Perjanjian antara Khalid dan Kerajaan Persekutuan membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air dengan pampasan RM9.65 bilion.

Syarikat terbabit adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana