Ingatlah Umat Islam Ketika Berpuasa....Berdosa Buka Puasa Di Restoran Jual Arak

SHAH ALAM 9 Julai - Umat Islam diingatkan untuk tidak berbuka puasa di restoran yang menjual arak sebagai premis untuk berbuka puasa dan memilih kedai yang tidak diragui status halalnya.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, berbuka puasa di premis menjual arak tidak menyebabkan puasa umat Islam itu terbatal namun dosanya adalah sama seperti mereka yang minum, menghidang atau menjual minuman tersebut.

"Puasa mereka tidak batal tapi dia berdosa sebab reda dengan keadaan macam itu. Hukumannya sama juga dengan mereka yang minum, menghidang atau menjual arak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, umat Islam perlu memilih restoran atau pengurusan hotel yang berlandaskan syarak untuk dijadikan tempat berbuka puasa.

"Mencari halal itu sesuatu yang wajib, setiap orang kena pastikan mereka mendapat sumber halal dimakan.

"Kita minta umat Islam sensitif terhadap hukum itu kerana tuntutan halal itu wajib sekiranya kita langgar hukumnya berdosa," katanya.

Semalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerbu sebuah restoran menjual arak di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur yang turut menyedikan bufet Ramadan.

Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Muhammad Khalid Osman berkata, restoran terbabit  tidak memperolehi kebenaran untuk mengadakan promosi bufet Ramadan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana