Ibrahim Ali : 'Khalid Tak Ada Nilai Satu Sen pun pada Anwar'

KUALA LUMPUR 23 Julai -  Tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor membuktikan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berguna lagi dalam agenda politik Anwar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata,   Khalid Ibrahim harus menilai semula kenyataannya sebelum ini yang bertegas akan terus memegang jawatan tersebut  sehingga pilihan raya akan datang.

“Maknanya Khalid Ibrahim tidak berhasrat untuk berhenti atau diganti.

"Ini bermakna Anwar guling Khalid kerana tanduk tidak berguna lagi.

“Seolah-olah Khalid tidak berguna dan mahu dibuang begitu saja.

"Malunya Khalid. Tak ada harga satu sen pun pada Anwar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut berpandangan, konflik yang berlaku dalam  pentadbiran Negeri Selangor kini mempunyai persamaan dengan situasi di Kelantan pada akhir 70-an sehingga mengakibatkan darurat diisytiharkan.

Jelasnya, ianya berpunca daripada tindakan Presiden PAS pada ketika itu, Datuk Asri Muda yang mahu memecat Datuk Mohd Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan.

“Saya bimbang hal sama boleh berlaku di Selangor jika Khalid berkeras tidak mahu berudur secara terhormat,” katanya.

Ibrahim turut mengingatkan PKR merujuk kepada peranan Sultan Selangor dan peraturan negeri dalam melantik pemimpin wanita yang bukan anak kelahiran Selangor memegang jawatan Menteri Besar.

“Jika Anwar berjaya mengangkat isterinya jadi MB Selangor, maka jelaslah PKR adalah Syarikat PKR Sdn Bhd yang mana Anwar menguasai 60 peratus saham, DAP 35 peratus dan PAS pemegang saham minoriti 5 peratus sahaja,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana