Hishammuddin Kagum Langkah Berani Najib Berunding dengan Ketua Pemberontak

KUALA LUMPUR 23 Julai - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini telah memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran Najib telah berani untuk berunding dengan ketua pemisah pro-Rusia untuk menangani tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Hishammuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Sembrong berkata, tindakan Najib telah membuahkan hasil selepas berjaya menuntut kembali jenazah mayat penumpang dan crew serta dua kotak hitam MH17.

"Ini merupakan satu tindakan yang berani dan ia membuahkan hasil. Saya mahu mengucapkan tahniah secara peribadi sebagai Menteri Pertahanan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

"Kebijaksanaan kepimpinan beliau telah mengizinkan jenazah jasad mayat penumpang dan crew serta dua kotak hitam itu berada bersama-sama pihak kita untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mendengar pembentangan usul oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut berkata Kementerian Pertahanan turut memantau perjalanan jenazah MH17 untuk dibawa pulang ke tanah air seperti yang di janjikan oleh Perdana Menteri.

"Kita cuba tunaikan seperti apa yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri supaya jenazah MH17 dapat dikembalikan ke tanah air sebelum Hari Raya ini," katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri meminta seluruh rakyat Malaysia supaya bersama-sama solidariti dan bersatu padu berikutan kejadian malang menimpa negara dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17.

Najib juga meminta masyarakat agar memainkan peranan dengan tidak membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa dan keluarga mangsa terutamanya di media sosial.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana