Guan Eng Ajak Menteri Bukan Melayu Letak Jawatan....Inilah Dikatakan Bangang Nya KM Penang Ni

Apa Salahnya jika ingat mengingati masa lampau....itu pun nak dipolitikkan oleh Lim Guan Eng.Kata macam tu salah ker?Beratlah kita..... TPM hanya untuk mengingati kita kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum supaya tidak akan mengulangi lagi.Cakap saja pasal 13 mei nak dipolitikkan oleh PR ni....

KUALA LUMPUR 7 Julai - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilihat cuba untuk menghuru-harakan barisan parti komponen Barisan Nasional (BN) dengan mengajak lapan menteri bukan Melayu untuk meletakkan jawatan sebagai protes kepada Timabalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Guan Eng, kenyataan Muhyiddin mengenai kemungkinan berlakunya insiden 13 Mei perlu dipandang serius dan lapan menteri bukan Melayu dalam kabinet perlu meletakkan jawatan sebagai tanda protes.

"MCA, MIC, SUPP, PBS, PRS dan Gerakan perlu mengambil tanggungjawab terhadap kenyataan perkauman dan melampau Muhyidin.

"Lapan menteri ini perlu memberikan Muhyiddin dua pilihan, menarik balik kenyataan benci dan bahasa menghasutnya atau dua menteri MCA, dua MIC, satu Gerakan, satu PBS, satu PRS dan satu SUPP meletakkan jawatan daripada kabinet sebagai tanda protes," katanya menerusi kenyataan baru-baru ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhyiddin yang tidak menolak kemungkinan insiden seumpama 13 Mei berulang sekiranya hubungan antara kaum tidak dijaga.

Timbalan Perdana Menteri ketika membuat kenyataan tersebut menjelaskan masyarakat harus melihat kembali sejarah pejuang kemerdekaan yang memberi kelebihan hidup tanpa penjajah selama hampir 57 tahun.

Guan Eng walaubagaimanapun menganggap kenyataan Muhyiddin sebagai perkauman yang menjadi ikutan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

"Kegagalan enam parti komponen BN dan lapan menteri mereka membantah kenyataan itu akan menunjukkan mereka juga menyokong kenyataan perkauman dan ekstremis Muhyiddin," ujarnya.

Selain itu beliau menyelar Muhyiddin sebagai tidak layak menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana sering menjadikan bukan Melayu sebagai sasaran.

"Bukan Melayu mudah menjadi sasaran kerana mereka adalah minoriti daripada tiga kumpulan utama," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana