Giler Kuasa .....Anwar tak faham perlembagaan negeri Selangor

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menunjukkan beliau seorang yang tidak memahami perlembagaan negeri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan ketua pembangkang itu juga menunjukkan seolah-olah beliau mempunyai kuasa penuh dalam menentukan kedudukan menteri besar dan menguasai PAS dan DAP.

Beliau berkata untuk menukar menteri besar perlu ada dua perkara iaitu menteri besar ketika ini (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) secara sukarela meletak jawatan selain undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita lihat Abdul Khalid sampai sekarang cakap beliau tidak akan meletak jawatan dan pada masa sama kita lihat kenyataan pemimpin parti politik dalam Pakatan Pembangkang juga bercanggah antara satu sama lain," katanya.

Isnin malam, PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid yang memegang jawatan itu sejak 2008.

Keputusan itu diumumkan Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya selepas mesyuarat majlis pimpinan pusat parti.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan Selasa bagaimanapun berkata walaupun menghormati keputusan itu beliau berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian menteri besar.

Abdul Khalid berkata setakat ini beliau akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan rakyat Selangor yang memilihnya melalui proses pemilihan yang sah.

Mengulas lanjut, Noh berkata pertukaran menteri besar di Selangor tidak boleh disamakan dengan apa yang berlaku di Terengganu berikutan negeri itu (Terengganu) mempunyai dua parti utama dalam DUN iaitu BN dengan 17 kerusi dan PAS (14) manakala Selangor mempunyai empat parti iaitu PAS dengan 15 kerusi, DAP (15), PKR (14) dan BN (12).

"Ertinya adakah 56 Adun di Selangor telah buat keputusan siapakah yang akan menjadi menteri besar? Kita lihat Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad seperti menyokong Abdul Khalid dan Naib Pengerusi DAP negeri Datuk Teng Chang Khim pun nampak sokong beliau (Abdul Khalid).

"Ini menunjukkan apa yang berlaku di Selangor hanyalah gimik politik semata-mata dan membuktikan Pakatan Pembangkang lebih mementingkan politik daripada menjaga kebajikan rakyat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana