Giler Apa.....Restoran Buffet Ramadhan Jual Arak

KUALA LUMPUR 8 Julai - Sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng diserbu kerana dikesan menawarkan bufet Ramadan tanpa memiliki pengiktirafan sijil halal, bahkan restoran itu didapati turut menjual pelbagai jenis minuman keras.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Muhammad Khalid Osman, ketika serbuan dilakukan restoran itu gagal mempamerkan sijil halal dan tidak memperolehi kebenaran daripada JAKIM untuk mengadakan promosi bufet Ramadan, lapor Sinar Harian.

“Kita telah rampas kain rentang yang memaparkan iklan bufet Ramadan dan sekotak minuman keras sebagai bukti. Buat masa ini, operasi restoran berjalan seperti biasa tetapi tidak dibenarkan mengadakan bufet Ramadan sehingga siasatan lengkap dijalankan,” katanya dipetik laporan akhbar harian itu.

Dalam laporan itu juga, Muhammad Khalid dilaporkan menjelaskan restoran tersebut disiasat di bawah akta Perihal Dagangan 2011.

Bahkan, katanya, restoran itu akan terus dipantau jika didapati masih menawarkan bufet Ramadan.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya memilih restoran mahupun hotel yang memiliki sijil halal yang diperakui JAKIM sahaja.

Serbuan semalam dilakukan JAKIM bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana