Gempar Raja Muda Selangor difitnah murtad

Malaysia,Jumaat dikejutkan dengan laporan palsu sebuah portal berita luar negara yang mendakwa Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah murtad. Portal World News Daily Report pada 24 Julai melaporkan Tengku Amir Shah kononnya menganut agama Khatolik.

Laporan itu menyebut, satu-satunya anak lelaki dan waris Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengejutkan masyarakat Islam dunia dengan berita yang disifatkan majalah People’s  sebagai  ‘kisah benar Romeo dan Juliet zaman ini.

Dakwanya lagi, Raja Muda Selangor meletakkan semua jawatan serta peluang menaiki takhta untuk mengikut kata hatinya dan mengahwini model yang juga bintang terkenal Sepanyol, Cristina Gomez, 16.

Nama Cristina mula dikenali apabila stesen televisyen merakamkan gambarnya ketika menonton perlawanan bola sepak. Namun setelah diteliti, nama Cristina Gomez tiada dalam senarai model terkenal.

Dalam masa yang sama, portal berita tersebut juga telah melaporkan maklumat yang salah berkenaan Tengku Amir kerana pada tahun ini, usia Tengku Amir adalah 23 tahun dan bukannya berusia 21 tahun.

Laporan palsu itu mendakwa “upacara pembaptisan bekas umat Islam itu yang diadakan minggu ini di Santa Maria Cathedral, di Braga, Portugal mengundang kritikan hebat umat Islam sedunia ke atas bekas waris takhta Selangor itu.”

Laporan itu juga berkata: “Pasangan kekasih itu akan dikahwinkan bulan ini di San Marco Cathedral di Venice dan lokasi berbulan madu mereka masih belum diketahui.” Walaubagaimanapun, pada tengah Jumaat, portal tersebut tidak lagi dapat diakses.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana