Gelandangan

Kuala Lumpur – Pelbagai reaksi diterima selepas Kementerian Wilayah Persekutuan memutuskan bahawa pemberi dan peminta sedekah di Kuala Lumpur, bakal berdepan hukuman seperti denda. Ia apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis, diperketat. Ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang Menyokong cadangan pelaksanaan peraturan tersebut yang akan dikuatkuasa di beberapa tempat tumpuan, tidak lama lagi.

Selain mahukan perlaksanaan tersebut di tunda bersama mencari makanisma lain memandangkan umat Islam kini berda didalam bulan Ramadan adajuga pendapat yang menyatakan sudah tiba masanya kerajaan bersungguh sunguh membasmi gulungan itu dengan kaedah yang lebih positif.

Perlu di ingat masalah pengemis dan geladangan selama ini telah menyumbang kepada masalah kebersihan bandaraya Kuala Lumpur. Ia khususnya di lokasi tumpuan pengunjung termasuk para pelancung, pengemis pula kebanyakkannya meminta sedekah dihadapan komplek membeli belah selain di tepi jalan.

Selain meyumbang masalah kebersihan mereka turut menyebabkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan serta mengundang imej buruk Kuala Lumpur. Mereka tidor di tempat tempat yang tidak sesuai, dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit.

Masaalah menjadi semakin rumit bila mereka mempunyai kumpulang masing masing dan mengawal kawasan tertentu, dan masalah timbul apabila mereka berebut kawasan sahingga mencetuskan pergaduhan. Atas faktor itulah kerajaan meneruskan untuk mengambil tindakan keatas pemberi sedekah, ia bagi memastikan sumbangan wang berkenaan benar benar diberikan kepada gulungan yang memerlukan.

Oleh itu aktiviti pemberian makanan dan bantuan kepada gelandangan oleh badan bukan kerajaan NGO dihadkan dalam lingkungan 2 kilometer dari pusat bandar, Ini kerana kerajaan tidak mahu pengemis berada disepanjang jalan dan kegiatan sendikit menjadikan kanak kanak saperti Rohinya dan orang asing meminta sedekah terus berleluasa.

Usaha yang dilaksanakan itu juga bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara dan aktiviti sendikit mengemis dapat di benteras. Perlaksanaan peraturan tersebut tidak bermakna kerajaan bertindak zalim dan tidak berperi kemanusiaan terhadap gulungan berkenaan sebaliknya kerajaan komited untuk membantu gulungan itu menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

Ini termasuk melalui perkhidmatan yang disediakan Anjung Singgah operasi sesuai bagi penempatan gulungan itu juga akan dikenal pasti dengan menyediakan bangunan saperti konsep Anjung Singgah yang menjadi pusat sehenti yang menawarkan pelbagai kemudahan.

Apa pun perlaksanaan zon sifar gelandangan dan pengemis ini tidak akan berjaya tanpa sokongan semua pihak, sukarelawan yang terlibat membantu gulungan itu boleh memberikan buah fikiran kepada kerajaan bagi memastikan usaha membela nasib gulungan kurang bernasib baik itu dapat dilaksanakan dengan sistematik.

Diharapkan dengan usaha sebegini Malaysia yang bakal menjadi negara maju menjelang tahun 2020 akan berjaya mencapai sifar pengemis dan gelandangan di Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana