Gadis gembira bapa mati dalam MH17...Macam Ni Pun Ada

Lisa Hasyim mendakwa, dia benci bapanya, kerana pernah menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan.

 KUALA LUMPUR, 18 Julai:
Ketika seluruh dunia bersedih atas tragedi yang menimpa pesawat MH17, seorang gadis yang mendakwa dirinya anak kepada salah seorang penumpang pula bergembira dengan berita itu.
Melalui akaun Twitternya, Lisa Hasyim menggunakan hashtag #MH17 untuk meluahkan kegembiraannya, apabila menerima berita pesawat berkenaan telah terhempas di timur Ukraine.
Dalam mesej tweetnya, gadis berkenaan mendakwa, dia tidak perlu lagi bersusah payah membunuh ayahnya, dengan berlakunya tragedi itu.
Lisa Hasyim mendakwa, dia benci bapanya, kerana pernah menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan.
Katanya, dia tidak kisah bapanya mati dalam insiden tragis berkenaan, kerana selama ini, bukan bapanya yang menyara kehidupannya, selain mengibaratkan bapanya seperti haruan makan anak.
Bagaimanapun, pengguna laman Twitter lain berasa sangsi dengan akaun itu, kerana ia baru diwujudkan beberapa jam, selepas tragedi MH17 tersebar.
Pengguna Twitter @IzzahSulaiman berkata, mungkin akaun itu sengaja diwujudkan bagi mendapat publisiti murahan, selain dakwaan gadis itu kononnya bapanya salah seorang penumpang juga direka-reka.
“Kalau betul ayahnya salah seorang penumpang MH17, kenapa tidak dedahkan sahaja namanya?” soalnya dalam mesej twitter.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana