Dua Lelaki Samun RM50,000...Kita PErlu Berhati Hati Dan Berwaspada

KUANTAN: Dua lelaki melarikan wang tunai RM50,000 milik seorang pengusaha syarikat perniagaan di depan rumahnya di Lorong Kubang Buaya di sini, Isnin.

Wanita berumur 37 tahun itu turut dipukul dan mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira 4 petang.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata mangsa baru keluar daripada keretanya apabila didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

"Kedua-duanya melarikan beg wanita berkenaan yang mengandungi wang tunai RM50,000 dan beberapa dokumen penting," katanya.

Wang itu dikeluarkan di sebuah bank di sini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana