Detik Cemas Lelaki Ditanduk Lembu

DENIA 8 Julai - Peristiwa menggerunkan berlaku di hadapan penonton apabila seorang lelaki ditanduk oleh seekor lembu dalam acara tradisi larian lembu yang diadakan di seluruh Sepanyol, semalam.

Lembu berkenaan menanduk lelaki itu ketika dia terjatuh.

Penonton yang berada di sekeliling mula bimbang dan ada yang memberanikan diri cuba membantu mangsa. Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika festival Bous a la Mar diadakan di Denia, berhampiran Alicanta, timur Sepanyol.

Peserta, khususnya lelaki akan muncul dari penghadang keselamatan dan melakukan aksi untuk menggalakkan lembu mengejar mereka.

Festival itu diadakan ketika ribuan peserta berlari bersama-sama lembu laga menerusi jalan raya di bandar Pamlonna, utara Sepanyol.

Jurucakap Palang Merah Sepanyol, Jose Aldaba berkata empat orang cedera dan dikejarkan ke hospital dalam acara larian pagi pada hari pertama acara tahunan festival San Fermin.

Menurut kenyataan dari kerajaan tempatan Navarra, keempat-empat mangsa yang cedera warga Sepanyol namun tiada yang parah.

Seramai 15 mangsa mati akibat ditanduk sejak festival itu mula direkodkan pada 1924.

Festival itu berlangsung selama sembilan hari dan turut menarik pelancong asing. - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana