Desakan MSO Supaya Hadi berundur Dibidas

Desakan penulis pro reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur sebagai Presiden PAS dibidas laman pro ulama, El Haraki.

“Sangat biadab komen daripada MSO yang jelas berniat menghina Tuan Guru Presiden. Ternyata, MSO sebenarnya menjadi jurucakap musuh di dalam PAS.

“Sedangkan isu ini langsung tidak timbul kerana ia telah diputuskan oleh mahkamah bahawa tuduhan PKR ke atas TGHH adalah tidak berasas,” kata El Haraki.

MSO dalam satu posting di laman sosial mendesak kini sudah sampai masanya Hadi diundurkan daripada arena politik kerana beliau sudah relevan memimpin PAS menjadi sebuah parti yang dinamik.

“Landasan politik dan ukhwah diletakkan Fadzil Noor telah punah ranah dikerjakannya.

“Tuduhan ke atas calon PKR sebagai pengedar pil kuda satu perbuatan bercanggah dengan akhlak pemimpin jemaah Islam. Memfitnah,” kenyataan MSO dipetik.

Menurut El Haraki komen MSO itu membuktikan beliau pengikut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“MSO mungkin sudah lupa beberapa tindakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang bukan sahaja mengkhianati TGHH tetapi setiakawan PR. Antaranya:

1) Mengumumkan bahawa projek 16 September adalah projek PR. Sedangkan ia tidak pernah dibincangkan oleh rakan Pakatan Rakyat.

2) Mengkhianati rakyat Kajang dengan melakukan ‘Kajang Move’. Sedangkan dalam pertemuan tertutup dengan TGHH sebelum itu, TGHH telah menasihati supaya jangan khianati mandat rakyat. Tetapi Anwar Ibrahim tetap khianat.

3) Menyebut bahawa ‘Kajang Move’ tiada kaitan dengan penukaran MB Selangor. Tiba-tiba, selesai PRK Kajang, terus menamakan isterinya sebagai MB Selangor.

“Baru 3 perkara. Ada yang nak tambah lagi? Salam El-Haraki,” bidas laman sosial itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana