Demo: “LYNAS Belum Ada Yang Mati, Kandang Babi Bawa Mati Apasal Korang Sepi?”

 Sakit jiwa, itulah tamsilan terbaik untuk kita mengenalpasti apakah, atau bagaimanakah penyokong-penyokong tegar meransang jiwa dan otak mereka berfikir.

Rakyat Malaysia umumnya masih belum terlupa bagaimana Pakatan Rakyat menjadikan isu Lynas sebagai senjata utama dengan pelbagai siri pembohongan termasuk edaran risalah, video pendek aksi si Fuziah, serta tidak ketinggalan demonstrasi besar-besaran sehinggalah menyertai jalanan di Kuala Lumpur tidak berapa lama dahulu.

Pertikaian berkenaan Lynas berlansung hebat di Parlimen, dengan campurtangan pakar luar negara menjadi pegangan hidup pro pembangkang, bahawa Lynas bakal membunuh dan mencacatkan bayi-bayi yang akan lahir. Kenyataan-kenyataan bertaraf antarabangsa berkenaan Lynas digunapakai, sekaligus mengenepikan pakar dalam negara seperti YB Dr.Che Rosli Che Mat, sungguhpun berdiri atas “tahaluf siyasi” kepartian yang sama.
Begitulah maha hebatnya penangan “samikna wa atokna” oleh pentaksub ghuluw ini yang tidak pernah putus-putus menentang Lynas seolah-olah Lynas sudah membawa berjuta kematian!

Hakikatnya, Fuziah Salleh masih sempurna tubuh badan sehingga kini, dan tidak dibebani dengan sebarang penyakit berpunca dari radiasi. Dan yang lebih penting, beliau masih hidup!

Sebaliknya pula, kandang babi yang menjadi sarang penyakit vektor seperti Japanese Encephalitis (JE) yang sudah terbukti tahap marabahayanya kepada rakyat tidak pula diambil peduli. Ke manakah suara-suara lantang yang menentang Lynas sebelum ini? Bukankah apa yang sedang terjadi membuktikan bahawa kandang babi lebih berbahaya ke atas nyawa manusia berbanding Lynas?

Sehingga kini, 4 orang telah meninggal dunia akibat dari 16 jangkitan JE yang dikenalpasti di Pulau Pinang. Dan Kilang Lynas masih belum membunuh mana-mana individu lagi setakat ini berbanding JE yang membiak di kandang babi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana