Dah Tahu Pas Memang parti Angguk, DAP terima Azizah

KUALA LUMPUR – Bayangan untuk menukar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin jelas apabila Pas dan DAP menerima cadangan untuk mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut oleh kedua-kedua parti tersebut dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing.

“DAP dan Pas akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

“Secara dasarnya Pas dan DAP menerima cadangan membuat pertukaran menteri besar dan menghormati prinsip calon jawatan tersebut adalah daripada PKR,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR di Parlimen, semalam.

Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mewakili Presiden parti tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih kurang sihat.

Anwar berkata, perbincangan juga sedang berjalan antara PKR dan Abdul Khalid untuk memujuknya melepaskan jawatan secara baik.

“Kita akan cuba berbincang secara baik dengan Abdul Khalid dan memujuknya mengenai penukaran menteri besar ini,” katanya.

Mengenai alasan pemilihan Wan Azizah sebagai calon menteri besar berbanding Azmin Ali, Anwar berkata, keputusan tersebut telah diputuskan oleh Majlis Pimpinan PR.

“Azmin adalah antara calon yang turut tersenarai dalam senarai pencalonan menteri besar, tetapi konsensus parti telah bersetuju mencalonkan Wan Azizah.

“Antara sebabnya ialah Wan Azizah merupakan Presiden parti PKR,” katanya.

Anwar juga berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor selepas Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Saya tidak fikir saya akan berperanan sekiranya Azizah menjadi menteri besar,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana