'Bila Orang Masuk Hospital, Baru MPAJ Nak Sembur Nyamuk'

AMPANG 10 Julai - Kegagalan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membanteras pembiakan nyamuk aedes lebih awal telah mengakibatkan peningkatan demam denggi kepada penduduk di beberapa kawasan di sini.

Salah seorang penduduk, Othman Bin Abdullah 59, berkata, punca berlakunya wabak denggi ini adalah dari longkang tersumbat serta air bertakung menjadikan nyamuk membiak tanpa diselenggara dengan baik dari pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan.

"Sepatutnya kontraktor yang diberikan amanah untuk pembersihan tidak menjalankan kerja dengan betul.

"Kerap kali saya dengar di kawasan Taman Melawati ada orang kena denggi baik dari kanak-kanak mahupun orang dewasa.

"Apabila sudah ada orang yang masuk hospital, barulah pihak majlis datang membuat semburan nyamuk.

"Sepatutnya ia dilakukan sebelum wabak denggi ini berlaku lagi," katanya kepada Rakyat News ketika membuat tinjauan di sekitar kawasan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana