Bijak Ambil Kesempatan DAPigs,langsung tidak peduli tentang kewujudan golongan gelandangan di Parlimennya selama ini.

Bijak Pemimpin Pakatan Rakyat Ambil Kesempatan Walaupun Mereka Tidak Pernah Turun Ke Jalanan Bertemu Gelandangan Sebelum Ini

Para pemimpin Pakatan Rakyat seperti Teresa Kok dan Nurul Izzah, sememangnya bijak mengambil kesempatan. Itu perlu diakui dan perlu juga dipuji. Sebagai Wakil Rakyat, mereka memang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah. Bagaimanapun, sebagai ahli politik yang licik, mereka sangat bijak dan sentiasa menempatkan diri mereka di barisan hadapan.

Sebaik-baik sahaja Menteri Wilayah mengeluarkan kenyataan bahawa Kuala Lumpur akan dibersihkan daripada golongan gelandangan dan peminta sedekah, Pakatan Rakyat melihat ini adalah peluang mereka yang terbaik untuk memutarbelitkan kenyataan sebenar dan cuba menggambarkan Kerajaan sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Hakikat sebenar bahawa Kementerian Wilayah cuba 'menaiktarafkan' golongan berkenaan, menempatkan mereka di kawasan yang lebih sesuai berbanding membiarkan mereka menjadi tikus-tikus longkang, tidak langsung diambil kira.

Radius 2 Kilometer dari Pusat Bandaraya, langsung tidak disebut oleh Pakatan Rakyat. Anjung Singgah juga tidak disebut. Bantuan teknikal dan kemanusiaan yang disalurkan juga langsung tidak disentuh. Yang mereka sebutkan ialah, Kementerian dan Menterinya, mahu menghapuskan golongan tersebut sepertimana merinyu kesihatan menghapuskan nyamuk aedes.

Baik Teresa Kok, lebih-lebih lagi Nurul Izzah, mereka tidak pernah turun ke medan gelandangan. Mereka tidak pernah menyuakan bantuan atau memperjuangkan golongan tersebut agar keluar daripada kepompong tanpa komitmen dan kebebasan melampau.

Namun kerana isu gelandangan yang sedang hangat sekarang, Teresa Kok dan Nurul Izzah segera muncul. Mereka segera berlakon sebagai wakil rakyat yang sangat prihatin. Mereka mula mengenali kaum gelandangan.

Sebelum isu ini, UMNO dan Barisan Nasional serta beberapa NGO telah lama menyalurkan bantuan. Malah Shahrizat Abdul Jalil dan Ku Nan sendiri, sudah terlalu banyak kali menjengah dan melihat sendiri selain meninjau permasalahan mereka. Ramai yang dibantu mendapatkan pekerjaan walaupun akhirnya mereka kembali semula menjadi gelandangan kerana kerja mengikat mereka dengan komitmen.

Pemberian makanan percuma telah dilakukan hampir setiap malam selama beberapa tahun, tetapi baru sekali disertai oleh Teresa Kok, Lim Lip Eng, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, itu yang dihebahkan seolah-olah kehadiran mereka mengubah segala-galanya.

Pakatan Rakyat dan golongan yang sekarang ini menonjolkan diri sebagai HERO GELANDANGAN langsung tidak muncul. Teresa Kok dan Nurul Izzah langsung tidak nampak kelibat. Bahkan Ahli Parlimen Bukit Bintang yang merupakan salah seorang pemimpin kanan DAP, langsung tidak peduli tentang kewujudan golongan gelandangan di Parlimennya.

Sekarang, mereka muncul untuk berlakon. Sekarang tiba-tiba sahaja mereka menjadi wira demi meraih simpati dan sokongan selain mengejek dasar kerajaan. Segala bantuan yang diberikan oleh Kerajaan, NGO, UMNO dan sebagainya selama ini, langsung tidak disebut.

Bijak! Bijak!

Patutlah mereka berjaya mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana