Biadap! Khalid Samad Sindir Balik Sultan Selangor

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata takwa bererti takut kepada kemurkaan Allah. "Bulan Ramadan bulan ketakwaan. Takwa bererti takut kepada kemurkaan Allah.

"Jangan kerana hendak elak kemurkaan manusia terundang kemurkaan Allah," tulis Khalid di akaun Twitternya malam tadi menerusi akaun beliau, @KhalidSamad.

"Doa Rasulullah (SAW) balik dari Taif setelah dilempar batu. "Asalkan Kamu tak murka terhadapku, maka aku tak kisah," Khalid merujuk kepada satu doa daripada Nabi Muhammad kepada Allah SWT.

Khalid tidak menjelaskan kepada siapa kenyataan itu ditujukan. Namun, ia seakan bernada sindiran kerana semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan kesal dan murka dengan kenyataan Khalid mempertikai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Khalid sebelum ini dilapor mencadangkan agar MAIS tidak lagi diberi kuasa untuk menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan kesal dengan kenyataan Khalid pada 17 Jun itu.

Baginda bertitah bahawa  tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat MAIS berkenaan agama Islam seperti termaktub dalam undang-undang.

Baginda juga dilaporkan bertitah, ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya lapuk.Baginda bertitah demikian di majlis perasmian masjid pekan Sepang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana