Berita Palsu Angkara 'Orang Dalam' PKR

SHAH ALAM 8 Julai - Berita palsu yang disebarkan mengenai peletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor disyaki telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

Pengerusi Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Mazli Saring berkata, pihaknya yakin wujud komplot dalaman yang merancang penyebaran khabar angin tersebut sebagai salah satu strategi jahat menumbangkan Khalid di Selangor.

"Saya bukan menuduh tetapi melihat kepada krisis yang berlaku; tidak mustahil daripada PKR.

 “Sejak pemilihan PKR pelbagai fitnah dibuat bukan sahaja yang dilaporkan media,”  ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

Beliau menegaskan, laporan polis ini dilakukan ekoran kebimbangan terhadap fitnah melampau sehingga melaga-lagakan institusi diraja dan pentadbiran kerajaan Selangor.

“Menteri Besar dilantik dan mendapat perkenan sultan. Kalau nak tukar menteri besar pun tunggulah habis penggal, jangan sekarang, sekerat jalan dah nak tukar.

“Rakyat sekarang merasai apa yang lebih baik daripada pemerintahan BN terdahulu. Saya selaku anak Selangor menyeru pihak terbabit berhenti menyebarkan berita tidak betul ini demi keharmonian bersama,” katanya.

Berita palsu mengenai perletakan jawatan Khalid tersebar menerusi aplikasi Whatsapp bermula malam semalam.

Bagaimanapun, Khalid menafikan sekeras-kerasnya khabar angin tersebut dan meminta pihak yang terlibat menghentikan serta merta penyebaran yang disifatkannya tidak bertanggungjawab.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana